Berita Terkini
recent

Dikhabarkan Putus, Miley Cyrus & Liam Bercuti Di Malibu

BAHARU sahaja berita tentang pasangan sensasi Miley Cyrus dan Liam Hemsworth bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

Kini muncul pula khabar angin tidak sedap didengar bahawa hubungan pasangan ini sudah pun terputus di tengah jalan.

Khabar itu dilaporkan menerusi OK! Magazine yang mendakwa kedua-dua mereka bertengkar tentang hal perjanjian perkahwinan.

Bagaimanapun, kenyataan itu hanya berita palsu semata-mata, berikutan kedua-dua mereka kini sedang bercuti di pulau Malibu.

Pasangan ini menghabiskan masa bersama di Malibu Country Mart seperti foto-foto paparazi yang tersebar di internet.

Menerusi foto itu, Miley menutup wajah apabila mengesan aksi percutiannya dirakam paparazi.


Powered by Blogger.