Berita Terkini
recent

Deep Purple tolak hajat Blackmore

GITARIS legenda Ritchie Blackmore menyuarakan hasratnya bersatu semula dengan kumpulan Deep Purple (DP) bagi menjayakan satu konsert terakhir.

Blackmore adalah pengasas bersama Deep Purple dan mencipta banyak riff yang meninggalkan memori bermakna termasuk Smoke On The Water tetapi tidak pernah beraksi bersama DP sejak meninggalkan kumpulan itu pada 1993.

Dalam satu temu ramah terbaru bersama wartawan Rock N Roll Jerman, Ritchie memberitahu hajatnya untuk mendapat peluang berkongsi pentas bersama Purple sekali lagi:

"Saya rasa mereka juga berminat andai jadual kami disusun semula akan membolehkan saya untuk beraksi bersama mereka pada untuk satu persembahan nostalgia.

“Bagaimanapun saya tidak merasakan Deep Purple cenderung ke arah itu. Mereka mempunyai kelompok tersendiri dan tidak akan melakukan perkara seperti itu,” katanya.

“Kami rakan baik dan saya menulis muzik saya sendiri selama 20 tahun dan melakukan perkara sama selama 20 tahun. Ia berkemungkinan tidak akan berlaku. Malah, pengurusan mereka juga tidak akan suka biarpun ia hanya satu persembahan. Pengurusan mereka tidak akan membenarkannya."

Pemain dram Deep Purple Ian Paice baru baru ini memberitahu The Rock Brigade podcast ‘tiada faedah’ buat kumpulan itu untuk menimbangkan reunion bersama Blackmore.

Paice menjelaskan ‘kami memiliki perasaan hebat bersama kumpulan itu, setiap orang mesra satu sama lain dan apa perlu kami lakukan adalah naik ke pentas dan membunyikan muzik, tiada pertimbangan lain untuk dirisaukan”.

“Saya rasa kehidupan Ritchie tidak seperti itu. Saya rasa ia lebih rumit dan pada peringkat sekarang, saya tidak perlu benda tidak pasti dalam hidup saya”.

“Saya mahu menjelaskannya ia pasti menyeronokkan. Saya suka Ritchie hingga akhir hayat tetapi saya tidak menjamin setiap hari menyeronokkan bersamanya."

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.