F Darah gemuruh buat Tiz Zaqyah lupa hasrat jadi penyanyi | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Darah gemuruh buat Tiz Zaqyah lupa hasrat jadi penyanyi

BERBAKAT dalam bidang nyanyian, pelakon Tiz Zaqyah bagaimanapun tidak berniat  meneruskannya sebagai kerjaya.

Tambahan pula, bintang yang dikenali menerusi drama bersiri Nur Kasih ini mempunyai perasaan gemuruh yang teruk apabila berhadapan dengan audiens.

“Saya minat muzik tapi tiada jiwa terhadapnya. Lagipun, saya sangat gemuruh bila di atas pentas. Belum lagi menyanyi, saya dah mengigil-gigil,” katanya kepada Media Hiburan.

Pada masa sama, pelakon Lara Cinta Ameena ini mengakui dia berada dalam keadaan zon selesa sekali gus meranapkan keinginannya.

“Saya tahu saya harus keluar dari zon selesa dan cuba sesuatu yang baru seperti menyanyi atau mengacara. Tapi, saya tak pandai!” katanya sambil ketawa.

Pun begitu, pemilik nama sebenar Siti Zaqyah Abdul Razak ini ini berharap  impiannya itu akan menjadi kenyataan dan berdoa ada seseorang  akan ‘menolaknya’ untuk merealisasikan hasrat itu.

“Insya-ALLAH, jika keadaan memerlukan, saya akan mencubanya tapi tak tahu pula bila,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Kusinero Cinta teringin menjayakan filem atau drama biografi atau biopik sebagai usaha mencabar kemampuan diri.

Katanya, keinginan itu begitu menebal lantaran merasakan watak yang perlu dibawa oleh setiap pelakon dalam genre sedemikian bukan mudah dan sangat mencabar.

"Ia perlu kajian sebaiknya agar karakternya sama dengan watak individu dalam cerita asal," jelasnya Tiz yang agak selektif terhadap tawaran dan skrip demi memastikan kepuasan berlakon tercapai.


Terbaru, selebriti berusia 29 tahun ini bakal muncul dalam supertelefilem Memori Pajeri Nanas di samping Alif Satar dan Siti Saleha.

“Jalan ceritanya yang berbeza buat saya tertarik. Sebab itu saya terima tawaran ini.Lagipun, jalan ceritanya berkisar kepada keadaan dalam rumah tangga hari ini.

“Ini juga kali pertama saya berlakon dengan Alif  dan dia memang pelakon yang sangat bagus dan baik,” katanya.

Memori Pajeri Nanas boleh ditonton menerusi tempahan di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 20 Julai depan.
ot;1" />
Powered by Blogger.