F DAP berjaya bunuh karier politik Husam | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

DAP berjaya bunuh karier politik Husam

 Tindakan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mengumumkan Datuk Husam Musa sebagai calon Menteri Besar jika mereka berjaya menawan Kelantan sebenarnya membunuh karier politik bekas pemimpin Pas itu.

Ketua Penerangan Pas Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud berkata, berdasarkan sejarah terdahulu, Umno pernah melakukan perkara yang sama pada Datuk Dr Awang Adek Hussin dan ia memberi kesan yang teruk kepada pemimpin yang dicalon itu.

“Walau apa pun, Pas tidak tergugat. Bagi saya, saya nak ucapkan terima kasih kepada DAP dengan pengumuman tersebut. Yang kes Umno sebelum ini, Umno sebut pemimpin dia sendiri, ini DAP yang sebut untuk Amanah, lagi teruk kesannya,” katanya kepada media di sini.

Beliau menghadiri majlis ramah mesra Aidilfitri Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan bagi mewakili Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
ot;1" />
Powered by Blogger.