Berita Terkini
recent

Daler Yusuf Minta Maaf, Terpeluk Dada Nelydia Senrose

Pelakon Daler Yusuf mengakui video yang memperlihatkan dia memegang dada aktres Nelydia Senrose yang tersebar luas sejak Sabtu adalah kejadian sebenar.

Bagaimanapun kata pemilik nama sebenar Daler Yusuf Muhammad, 23, itu, dia tidak sengaja memegang dada Nelydia dan memohon maaf kepada peminat yang tersinggung kerana kejadian itu.

"Sejujurnya saya memang tidak sengaja terpegang bahagian dada Nelydia ketika itu.

"Saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua yang tersinggung atau terasa hati dengan video itu," katanya .

Daler dikritik hebat oleh netizen selepas video itu menjadi tular di laman sosial dan ada mendakwa dia sengaja memegang dada Nelydia.

Malah ada pula menyifatkan perbuatan Daler itu tidak menghormati kaum wanita.

Menjelaskan situasi sebenar, Daler memberitahu Insiden itu berlaku ketika dia sedang membonceng motosikal yang dipandu Nelydia bagi menjayakan sebuah babak drama lakonan mereka iaitu Encik Suami Mat Salleh Celup.

Jelasnya lagi, ketika kejadian, dia sedang mendepakan tangannya sebelum Nelydia secara tiba-tiba menekan brek motosikal ketika melalui bonggol sehingga menyebabkan dia terkejut dan memeluk pelakon itu secara spontan sehingga terkena pada bahagian dadanya.


"Ia merupakan salah satu babak yang menarik dalam drama terbaru lakonan kami. Saya benar-benar tidak sengaja kerana terkejut apabila Nelydia tiba-tiba menekan brek," jelasnya.

Dalam pada itu, Daler memberitahu dia tidak sangka video berdurasi kurang seminit itu menjadi tular sebaik saja dia memuat naik di Instagram.

"Memang tak sangka video yang saya muat naik pagi tadi boleh menjadi viral dan menerima banyak kecaman daripada netizen.

"Niat saya kongsi di Instagram hanya untuk mempromosikan salah satu babak menarik dalam drama tersebut.

"Terus-terang saya sendiri tak sedar babak akhir dalam video tersebut ada insiden itu.

"Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam memuat naik sesuatu di laman sosial," kata pelakon berdarah kacukan dari Uzbekistan itu.

Encik Suami Mat Salleh Celup bersiaran setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada pukul 7 malam di TV3.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.