Berita Terkini
recent

Dah Lama Niat Mahu Tukar Nama Komersial

Pelakon yang sebelu ini dikenali sebagai Nadia Mustafar, 42, menjelaskan keputusannya menggantikan nama komersial kepada Nazia kerana sudah lama berniat mahu menggunakan nama asalnya apabila usianya mencecah 40 tahun.

"Sudah dua tahun saya menggunakan nama Nazia menggantikan nama komersial Nadia Mustafar.

"Sebenarnya nama asal saya ialah Siti Naziyah Sheikh Mustafar. Saya memang menyimpan niat mahu menggunakan nama asal sebagai nama komersial apabila usia mencecah angka 40 tahun. Naziyah ditukar ejaannya kepada Nazia. Harap selepas ini tiada orang yang keliru tentang penggunaan nama saya," katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!

Dalam pada itu Nazia berkata, dia kini bersikap selektif dalam menerima tawaran berlakon kerana mempunyai komitmen terhadap syarikat produksi sendiri dan tanggungjawab sebagai ibu kepada empat orang anak.
ot;1" />
Powered by Blogger.