F Dah 10 Tahun Ramai Tak Kenal Tunku Hanis | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Dah 10 Tahun Ramai Tak Kenal Tunku Hanis

SUDAH agak lama berkecimpung dalam persada seni lakonan, namun nama Tunku Hanis dilihat masih kurang menyerlah.

Malah kalau ditanya pada sesetengah orang, nama itu seakan-akan masih asing namun apabila melihat wajahnya pasti ada yang berkata, "oh... inilah orangnya".

Tunku Hanis, 27, ketika ditemui di lokasi penggambaran drama 40 episod Vila Ghazara secara peribadi tidak menafikan perkara itu malah percaya atas beberapa sebab kenapa situasi itu terjadi kepadanya.

"Kalau nak dikira saya dalam lapangan seni sudah hampir sepuluh tahun namun tak ramai yang ingat dengan nama Tunku Hanis dan saya percaya ia berkait rapat dengan sikap saya yang sering 'hilang' dalam bidang ini.

"Hilang bukan kerana saya main-main atau tidak serius terhadap lakonan sebaliknya saya membuat sesuatu perkara ikut angin.

"Contohnya, kalau angin saya nak buat sesuatu lain daripada berlakon, saya tak akan ambil tawaran lakonan untuk tempoh tertentu.

"Hal ini saya rasa antara punca kenapa nama saya dilihat agak tidak konsisten dalam ingatan orang namun apabila orang melihat wajah saya mereka tahu saya seorang pelakon," katanya .

Dalam pada itu, wanita tinggi lampai ini mengakui dia kini agak sibuk dengan perniagaan produk kecantikan keluarannya iaitu losyen pelansing yang diberi nama Nona Manis sejak empat bulan lalu.
Perniagaan yang dijalankan secara atas talian itu diakui mendapat permintaan menggalakkan dari peminat seluruh Malaysia.

"Ramai yang tanya kenapa Nona Manis? Sebenarnya itu nama panggilan ayah kepada saya pada waktu kecil.

"Istimewanya losyen ini tidak berbau rempah ratus sebaliknya berasaskan bau haruman wangian dari jenama terkenal dan sebab itu ia digemari," katanya yang menginspirasikan mengeluarkan produk ini kerana pernah berbadan gempal suatu ketika dahulu.

Tambahnya lagi, dia tidak terfikir untuk mengeluarkan produk penjagaan wajah kerana sejak remaja dia sendiri tidak pernah mempunyai sebarang produk penjagaan wajah waima sabun pencuci muka.

"Percaya atau tidak, selama hidup saya tidak pernah ada satu pun produk khas penjagaan wajah selain hanya menggunakan sabun mandian atau syampu untuk mencuci wajah atau solekan.

"Paling tidak saya hanya amalkan air basuhan beras dan saya percaya amalan ini jugalah membuatkan wajah saya tidak pernah ada masalah.


ot;1" />

Powered by Blogger.