Berita Terkini
recent

Cristiano Ronaldo Dedahkan Gambar Bayi Kembar

Keluarga Cristiano Ronaldo kini makin bertambah, bukan satu, tapi  mendapat dua bayi kembar dari seorang ibu tumpang. Bintang bola sepak ini melahirkan rasa gembira menyambut bayi kembar mungilnya, Mateo dan Eva.

Terdahulu rumor bahawa Ronaldo akan memiliki anak kembar lelaki dan perempuan dari ibu tumpang di Amerika Syarikat kini terjawab apabila pertama kali Ronaldo memuat naik satu gambarnya bersama bayi kembarnya di instagram miliknya.

Menerusi berita gembira yang dikongsi Ronaldo, Dia meluahkan perasaan teruja dengan cahaya mata kembarnya. Pada gambar yang dimuat naik di Instagram, bayi kembar tersebut terlihat tidur dipangkuannya dan dia menulis kapsyen “So happy to be able to hold the two new loves of my life”

Gambar yang dimuat naik Ronaldo mendapat pujian daripada peminat dan sebanyak 7725850 ‘likes’ dan dihujani komen dari followers mengucapkan tahniah atas kehadiran cahaya kembarnya itu.
Ronaldo juga mengumumkan berita gembira ini melalui Facebook miliknya setelah tamat perlawanan Portugal kalah di semi final Piala Konfederasi melawan Chili.

Walau tidak sempat menyaksikan kelahirannya anak kembarnya, Ronaldo terus bergegas ke sana untuk melihat bayi kembarnya dan memuat naik di Instagram.

Kini Ronaldo mempunyai tiga orang anak termasuk Cristiano Ronaldo Jr kini berusia tujuh tahun yang juga dikhabarkan dilahirkan juga melalui ibu tumpang sama seperti Mateo dan Eva.
Powered by Blogger.