Berita Terkini
recent

Cita Citata bantu promosi

PENGUSAHA produk kosmetik Eyka Beauty Worldwide, Datin Seri Cik Nur Shafiqah Noor Azmi (Fika), 28, terharu selepas penyanyi dangdut popular Indonesia, Cita Citata sudi merakamkan video mempromosikan tiga produk komestik di bawah keluaran syarikatnya.

"Cita memaklumkan kepada pelawak Vicka kumpulan Saywho dia mahu mempromosikan produk saya di laman sosial Instagram melalui akaun peribadi miliknya namun tidak dapat kerana masih mempunyai kontrak dengan pihak pengurusannya.

"Walau bagaimanapun dia memberi kebenaran memuat naik video itu di Instagram milik saya, @qasehfeyqa tanpa mengenakan sebarang caj," katanya.

Fika mengenali Cita Citata melalui Vicka Saywho yang juga rakan karib penyanyi terkenal dengan lagu Sakitnya Tuh Disini, Goyang Dumang dan Perawan Atau Janda, awal bulan ini.

Selama berurusan, Cita seorang yang menyenangkan dan tidak sombong.

"Cita mmeberitahu dia berkemungkinan besar akan mengunjungi Kuala Lumpur pada Ogos untuk bercuti.

“Dia berhasrat membincangkan perancangan syarikat saya untuk melantiknya sebagai duta produk.

"Kami berminat melamarnya sebagai duta dan akan melakukan pelancaran produk Ekya Beauty Worldwide penghujung tahun ini atau awal tahun depan sempena memperkenalkan satu lagi produk kosmetik kami," katanya.

Produk ini akan memasuki pasaran Timur Tengah Disember depan, di mana beberapa program membabitkan penggunaan produk ini sudahpun dirangka.
ot;1" />
Powered by Blogger.