F Cipta nama di China | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Cipta nama di China

Kehadirannya dalam arena seni tanah air mungkin kurang disedari ramai, tetapi itu bukan alasan buat penyanyi Maisarah merajuk membawa diri.

Sebaliknya, menerima tawaran syarikat OnMuse bagi melebarkan kerjayanya di China adalah satu peluang keemasan yang harus direbut.

Bagi gadis berusia 16 tahun ini, menimba pengalaman di negara orang pastinya menjadi impian semua orang.

Oleh itu, menjadi artis di bawah naungan OnMuse dilihat sebagai peluang untuknya merealisasikan hasrat itu.

Dikenali dengan nama Maisarah Ukulele, dia satu-satunya penyanyi Melayu yang bernaung di bawah syarikat yang banyak membawa artis Malaysia ke China.

“Saya ditawarkan menyertai syarikat ini pada April lalu. Diharap peluang bernaung di bawah syarikat ini memberi lebih ruang untuk saya mencipta nama di luar negara,” katanya.

Maisarah yang sudah pun tampil dengan dua single bercadang menyanyikan semula lagu berkenaan dalam versi bahasa Cina.

Malah, dia juga giat mempelajari bahasa Mandarin untuk menempatkan diri setanding artis di China.

“Untuk memasuki pasaran negara luar saya perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu. Antaranya saya mempelajari bahasa Mandarin supaya lebih dekat dengan peminat di sana.

“Saya juga dalam persiapan tampil dengan lagu mandarin yang dialih bahasa daripada single sebelum ini,” katanya.

Single kedua Maisarah berjudul Prasetia dicipta Hazami dan lagu berkenaan sudah pun dilancarkan pada Februari lalu.
ot;1" />
Powered by Blogger.