F Cinta Lama Beri Kesan Pada Nellydia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Cinta Lama Beri Kesan Pada Nellydia

Aktres Nellydia Senrose yang baru saja dilantik sebagai duta haruman terkini Avon, Viva la Vita baru-baru ini mengakui, cinta lamanya memberi kesan kepada kehidupannya sebelum ini.

Tambah bintang Encik Suami Mat Saleh Celup ini lagi mengakui, pada fasa percintaannya bersama seorang model dan pelakon dulu, dia belum matang memandangkan usia masih muda.

“Terus terang, saya memang solo. Bila solo, bermakna saya sendiri, tetapi masih ada keluarga dan kawan-kawan. Tapi kalau nak dikata adalah lelaki yang rapat untuk saya bercakap atau luahkan sesuatu, memang tak ada.

“Bukan merajuk nak bercinta balik, namun mungkin sebab bercinta dulu lama dan saya pun masih budak-budak lagi. So agak terkesan juga. Sekaranglah masa sesuai untuk saya betulkan diri balik, fokus dengan apa yang saya lakukan sekarang,” katanya jujur.

Ditanya mengenai ada gosip yang mengatakan dia kini rapat dengan sorang lelaki, Nelly cepat-cepat menepis cerita tersebut. Terang Nelly, sebelum ini pun dia ada terdengar mengenai kisah sama, namun ia tidak mengapa kerana cerita tersebut tidak benar.

“Saya pernah dengar cerita ni. Saya nak cakap yang itu tidak benar. Kami sekadar berkawan. Adik-beradik saya pun mengenalinya sebagai rakan juga. Cuma mungkin sebab saya solo, jadi nama saya yang ‘dihiglightkan’.

“Kalau ada jodoh dalam waktu terdekat pun, rasanya saya perlu lebih behati-hati. Yang penting, biarlah family saya approve dulu,” katanya sambil mendoakan agar ditemukan lelaki yang baik dan beriman.
ot;1" />
Powered by Blogger.