Berita Terkini
recent

Charlie Puth Pernah Gertak Mahu Tarik Semula 'See You Again'

Muzik video lagu duet Wiz Khalifa dan Charlie Puth, See You Again baru-baru ini dilaporkan berjaya menjadi video paling banyak ditonton di YouTube dengan lebih 2.9 bilion tonton. Sekaligus lagu daripada runut bunyi filem Furious 7 itu memecah rekod Gangnam Styles nyanyian PSY dengan 2.8 bilion tontonan.

Pencapaian tersebut tentu saja memberi satu kejayaan besar buat Charlie Puth malah penyanyi berusia 25 tahun itu berasa bersyukur.

Namun ada cerita di sebalik kejayaan lagu tersebut kerana Charlie sebenarnya hampir tidak terlibat dalam muzik video mahupun menyanyikan lagu berkenaan.

"Saya tidak tahu berapa ramai orang mengetahui hal ini, saya sepatutnya tidak berada dalam video itu," kata Charlie ketika ditemubual Billboard.

"Saya sebenarnya tidak terlibat dalam lagu (See You Again) itu, sepatutnya saya cuma sebagai penulis lagu itu saja."

"Ketika itu saya masih sebagai artis baru, saya tidak cukup hebat untuk menjadi sebahagian dari franchise, saya belum cukup terkenal, tapi saya membuktikan kepada semua orang dengan pemikiran mereka yang salah," tambahnya lagi.

Charlie mengaku pernah mengancam untuk menarik semula single "See You Again" daripada senarai runut bunyi Furious 7.

"Saya tidak akan pernah lupa bahwa saya pernah menghubungi mereka dan mereka menjelaskan alasan kenapa lagu ini harus dinyanyikan artis lain dan blah, blah, blah, saya tidak akan menyebut nama siapapun.

"Tapi aku mengatakan, 'Okay hebat. Filem kamu akan keluar dalam masa seminggu dan saya tidak akan memberi kamu lagu ('See You Again') ini,' dan kemudian saya menutup telefon," dedahnya.

Gertakan Charlie Puth ini akhirnya membuahkan hasil. Pelantun lagu We Don't Talk Anymore ini akhirnya terbabit dalam muzik video "See You Again" seperti mana yang telah disaksikan jutaan penonton di YouTube.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.