Berita Terkini
recent

Celoteh Shahrol ganti Halim

PELAWAK dan pelakon Shahrol Azizie, 33, diumumkan sebagai penyampai baru menggantikan tempat Halim Othman di stesen radio Suria FM, hari ini.

Anggota kumpulan Shiro itu sudah pun memulakan tugasnya, pagi ini bersama Zulin Aziz dan Fizi Ali di segmen Suria Pagi.

"Saya menerima tawaran ini dua minggu lalu dan terus bersetuju kerana mahu kembali semula dalam bidang berkenaan.

"Namun, saya terlebih dahulu meminta pandangan dari keluarga dan rakan-rakan sebelum membuat keputusan," katanya yang pernah menjadi penyampai stesen radio Era FM.

Mengulas mengenai trend stesen radio menggunakan khidmat pelawak sebagai penyampai, Shahrol berpendapat bidang itu memerlukan pengetahuan luas.

"Apabila menjadi penyampai perlu ada ilmu dan mengetahui apa yang dibualkan selain tidak boleh membuat lawak kosong," katanya.

Halim kini mengendalikan segmen Grandstand Suria yang bersiaran pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 9 pagi sehingga 1 petang.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.