Berita Terkini
recent

Burger Nasi Lemak Trend Terbaru

Sejak kebelakangan ini banyak makanan dan minuman unik diperkenalkan untuk menarik perhatian pelanggan.

Ianya juga bagaikan satu trend masa kini yang boleh membuatkan netizen untuk mencuba.
Terbaru, McDonald’s Singapura melancarkan menu istimewa yang diilhamkan dari makanan kegemaran tempatan iaitu nasi lemak.


Ianya adalah bersempena Festival Makanan Singapura 2017 dan juga bagi menyambut Hari Kebangsaan ke-52 negara ‘KotaSinga’ tu yang disambut pada 9 Ogos nanti, McDonald’s Singapura telah memperkenalkan menu baru iaitu Burger Nasi Lemak.

Menarik kan? Sebelum ni, kita sering dengar dan makan Mc Chicken, Spicy Chicken Mc Deluxe, Big Mac, Cheese burger sahaja, kali ini netizen boleh mencuba ‘nasi lemak’ dengan cara berbeza.
Menerusi komen di laman instagram McDonald’s Singapura, ramai yang turut teruja dengan pelancaran menu istimewa tersebut.

Menu ‘Hipster’ ini meletakkan putaran moden pada tradisional tepat dengan cita rasa tempatan sekali gus menyajikan kelainan buat para pelanggan.

Burger Nasi Lemak ini terdiri daripada isi ayam goreng, telur goreng, bawang dan hirisan timun yang dihiasi dengan sos sambal dan dihidangkan di antara roti semolina.

Selain tu, penambahan pencuci mulut baru mempunyai Chendol McFlurry (cendol jelly bits dan gula melaka dengan krim vanila), pai kelapa dengan nata de coco, tiga jenis aiskrim cendol kon serta kek pandan lapisan pulut.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.