Berita Terkini
recent

Bukan Tolak Rezeki

Bakal melangsungkan perkahwinan pada 3 Ogos depan, aktres Ummi Nazeera memberitahu dia tidak berhasrat untuk menerima tajaan kecuali satu tajaan iaitu berinai.

"Saya hanya terima satu tajaan sahaja iaitu berinai.

"Bukan tolak rezeki tetapi saya rasa hanya berinai yang saya perlukan sementara untuk persiapan lain, saya dan keluarga boleh uruskan sendiri, InsyaAllah," katanya seperti yang dilaporkan mStar Online.

Ummi dan Dr Izzar akan bernikah di Glam Marriot Hotel Putrajaya dengan dua majlis resepsi pada 5 dan 12 Ogos depan bertemakan Etnik Islamik.

Pasangan ini merancang untuk berbulan madu di dua buah lokasi iaitu di Sabah dan Switzerland.

Terdahulu, Ummi dan Dr Izzar, 30, bertunang dalam sebuah majlis tertutup di kediaman keluarganya pada 11 Disember tahun lalu.
Powered by Blogger.