Berita Terkini
recent

Buat Salah Apa Shaa Terpaksa Minta Maaf?

EH! Buat salah apa pula ni Shaa? Sampai terpaksa berkongsi video permohonan maaf?

Oh... sebab tak dapat hadir untuk pertunjukan pentas nampaknya.

Tindakan penyanyi yang dikenali menerusi lagu Pertama Kali  ini yang berkongsi video itu menerima pujian banyak pihak.

Sikap macam ni la wajar di jadikan contoh oleh artis-artis baru agar tidak menyusahkan banyak pihak.

Shaa yang sepatutnya hadir untuk membuat persembahan di program Tawau Got Talent pada Sabtu di Estern Plaza Mall (sebelum bertukar lokasi di Hotel De'Choice Tawau) bagaimanapun tidak dapat ke acara tersebut atas masalah kesihatan.

Malah Shaa ketika dihubungi kedengaran jelas suaranya yang agak kurang bermaya.

"Video permohonan maaf yang dimuatnaik itu adalah inisiatif Shaa sendiri agar ia tidak menyulitkan banyak pihak sekali gus mengecewakan peminat apatah lagi poster mengenai kehadiran Shaa dalam acara tersebut sudah dipromosikan di sana (Tawau, Sabah)  beberapa hari lalu.

"Justeru Shaa terpanggil untuk membuat video permohonan maaf tersebut dan Alhamdulillah semua pihak memahami," katanya .

Menerusi kapsyen pada video yang dimuat naik itu, Shaa menulis: "Hi semua, dengan dukacitanya Shaa ingin memberitahu yang Shaa tidak dapat hadir untuk acara Tawau Got Talent, di Sabah atas sebab kesihatan yang tidak mengizinkan.

"Shaa ingin memohon maaf kepada penganjur dan peminaty-peminat terutama di Sabah. InsyaAllah kita jumpa dilain hari dan masa," tulisnya.

Sementara itu tambah Shaa atau Juzratul Nisha Johari, atas nasihat doktor dia harus berehat dan tidak boleh berjalan terlalu jauh untuk tempoh dua sehingga tiga hari.

Pun begitu kata wanita berusia 22 tahun ini lagi, untuk membuat persembahan yang tidak memerlukan dia berjalan terlalu jauh, dirinya tiada masalah.

"Bila doktor tahu yang show tersebut jauh di Sabah, dia melarang kerana bimbang Shaa tidak cukup rehat.

"Tetapi bagi Shaa untuk show-show ringan seperti busking di kawasan sekitar, Shaa tiada masalah melakukannya," ujar Shaa.

Mengenai perkembangan kerjaya seni pula, anak bongsu enam beradik ini berkata klip video rasmi lagu 'Pertama Kali' nyanyiannya akan dilancarkan minggu hadapan.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.