Berita Terkini
recent

BNM perlu ambil tindakan terhadap Kelantan

Bank Negara Malaysia (BNM) perlu mengambil tindakan terhadap Kerajaan Negeri Kelantan bersama-sama syarikat yang memeterai perjanjian melibatkan satu juta tanah hutan simpan di negeri itu.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Husam Musa berkata, tindakan tegas itu sejajar dengan kenyataan yang dikeluarkan BNM terhadap syarikat yang dinamakan oleh BNM dalam senarai pemerhatian atau amaran kepada pengguna pada 23 Jun lalu.

"Bagaimana kerajaan negeri boleh bekerjasama? Adakah mereka tidak menyiasat latar belakang syarikat ini sebelum memeterai perjanjian?

“Ini menunjukkan kerajaan negeri cuai kerana cuai dengan berurusan dengan syarikat ini,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Beliau berkata, kerjasama dengan syarikat terbabit menunjukkan kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob tidak mengambil berat amaran BNM.

“Mereka turut mengumumkan projek perniagaan karbon bertaraf dunia diluluskan kepada syarikat tersebut.

"Saya harap BNM dapat mengambil tindakan lebih proaktif terhadapan semua skim seperti ini bagi mengelakkan orang awam tertipu,” ujarnya.

Husam berkata, ramai orang Melayu khususnya yang membuat pelaburan dengan projek ini berasa sia-sia.

“Saya ingin bertanya kepada kerajaan negeri, bagaimana perjanjian ini dibuat. Adakah latar belakang syarikat ini sudah disemak?

“Ini kerana, berdasarkan carian saya mendapati, pemegang saham syarikat ini tidak mempunyai latar belakang mereka tidak ada kaitan dengan projek ini,” ulasnya.

Katanya lagi, bagaimana kerajaan negeri melihat prospek syarikat ini dengan status kelayakan mereka menguruskan tanah berkenaan walaupun tidak mendapat kelulusan BNM untuk beroperasi.

“Wang berpuluh bilion hangus kerana tidak dibuat pelaburan betul dan mereka cari jalan mudah untuk dapat kekayaan dan pelbagai pihak mengambil kesempatan.

“Kerajaan negeri pun kadangkala terpedaya," katanya.

Syarikat berkenaan memeterai perjanjian dengan kerajaan negeri pada 9 Jan 2017 menerusi perjanjian yang meliputi tempoh 30 tahun.

“Bagaimana urus tadbir kerajaan negeri dalam mengendalikan projek tersebut tanpa melalui proses usaha wajar (due diligence)," katanya.

Syarikat tersebut adalah salah satu daripada empat syarikat yang dinamakan oleh BNM menerusi satu senarai pemerhatian atau amaran kepada pengguna pada 23 Jun.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pada 26 Jun lalu tidak mengambil berat amaran Bank Negara itu dan turut mengumumkan projek perniagaan karbon bertaraf dunia diluluskan kepada firma tersebut.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.