F Blogger minta maaf, padam artikel Rita | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Blogger minta maaf, padam artikel Rita

SELEPAS didesak pelakon Rita Rudaini, portal hiburan yang menyiarkan berita kononnya bekas suami pertama Rita, Akbar Sahari sudah rujuk kembali dengan pelakon itu tampil dengan permohonan maaf secara terbuka, hari ini.

Portal berkenaan memuat naik kenyataan meminta maaf kepada Rita dan keluarganya beberapa jam selepas Rita mendesak mereka membuat permohonan maaf hari ini.

€Kami dengan rendah diri memohon maaf kepada Rita Rudaini dan keluarga atas berita berkenaan yang kami dapati keterlaluan sehingga mengancam peribadi Rita sekeluarga”,€ katanya.

Menurut portal terbabit, mereka memperoleh berita berkenaan daripada carian google™ dan blog berkaitan.

€Kesilapan kami adalah terus menyebarkannya tanpa usul periksa mengenai kesahihannya. Artikel itu juga sudah dipadam,”€ katanya.
ot;1" />
Powered by Blogger.