F Bintang 'Lookout' Respon Berita Rancang Kahwin | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Bintang 'Lookout' Respon Berita Rancang Kahwin

Desas desus mengenai Lee So Young bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya dalam masa terdekat ini, akhirnya terjawab apabila aktres itu menerusi pihak pengurusannya mengesahkan khabar tersebut tidak benar.

Sejak kebelakangan ini, bintang drama Lookout itu menjadi bualan hangat peminat ekoran kononnya akan berkahwin dengan teman lelakinya pada Oktober depan selepas setahun menjalin hubungan. Jejaka itu juga merupakan pemilik sebuah restoran yang terletak di Gangnam.

Mereka menjalin hubungan cinta dan memang berhasrat untuk berkahwin namun mereka belum lagi membuat perancangan ke arah itu," jelas agensi Huayi Brothers.

Sementara itu, seorang teman rapat pasangan itu mendedahkan pasangan ini bersedia untuk membawa fasa hubungan mereka ke alam perkahwinan.

“Nampaknya mereka akan berkahwin sekitar September atau Oktober. Tapi buat masa ini mereka belum menetapkan tarikh sebenar kerana So Young kini sibuk menjalani penggambaran.

Selain Lee Si Young, drama Lookout yang ditayangkan setiap Isnin dan Selasa di saluran MBC turut dijayakan barisan pelakon seperti Kim Young Kwan, Kim Seul Gi dan Key (Shinee).
ot;1" />
Powered by Blogger.