Berita Terkini
recent

"Biar Allah Saja Yang Tahu Hubungan Kami Halal" - Fiza

Pelakon Fiza Halim menjelaskan dia mempunyai sebab untuk tidak berkongsi lebih awal mengenai perkahwinan terbarunya.

Memetik laporan BH online, bekas kumpulan Elite ini berkata, dia bersyukur dan bahagia walaupun sebelum ini menerima pelbagai tohmahan.

"Saya bersyukur dan bahagia sekalipun menerima pelbagai tohmahan dan cacian sebelum ini. Saya juga tidak berniat merahsiakan hal ini daripada semua orang, tetapi saya lebih suka mendahulukan keluarga terdekat. Biar Allah saja yang tahu hubungan kami halal.

"Buat apa nak cerita sana-sini? Bukan semua orang mahu mendoakan kita yang baik-baik. Lebih ramai yang kutuk daripada mendoakan yang baik. Jadi, kali ini saya ambil keputusan berdiam diri dulu dan biarlah orang tahu perlahan-lahan nanti," katanya.

Fiza bernikah dengan Aizat Al-Jefri Abdul Kudus, merupakan seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan terkenal yang juga duda beranak dua. Pasangan ini melangsungkan perkahwinan mereka di Cyberjaya, Disember tahun lalu.

Terdahulu, Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 36, pernah mendirikan rumah tangga bersama Ahmed Farriq Zainul Abidin.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ferra Aryana, 9, dan Feeya Adyrra, 8. Mereka bagaimanapun bercerai pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun berkahwin.

Fiza seterusnya berkahwin dengan Adam (AF), pada September 2013. Perkahwinan terbabit hanya bertahan selama tujuh bulan sebelum mereka bercerai buat kali pertama.

Fiza dan Adam mengambil keputusan untuk rujuk selepas tiga bulan bercerai, namun setahun kemudian mereka disahkan bercerai buat kali kedua.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.