Berita Terkini
recent

Belum Sedia Tinggalkan Malaysia

Hasrat pengacara dan penyanyi Hunny Madu mahu melebarkan bakat nyanyiannya ke peringkat antarabangsa kini terlaksana menerusi kolaborasinya dengan penyanyi rap dari Amerika Syarikat, Radio 3000.

Memetik laporan mStar online, Hunny berkata, dia menganggap ia sebagai peluang yang tidak boleh dilepaskan.

Katanya, dia tidak kisah jika terpaksa berpindah ke Amerika demi kerjaya dan peluangnya mencari rezeki untuk keluarga.

Bagaimanapun buat masa ini dia hanya berulang alik disebabkan rasa sayang pada negara dan belum betul-betul bersedia berjauhan dengan keluarga.

"Ini adalah salah satu peluang yang tidak boleh saya lepaskan. Mana tahu, selepas ini saya boleh menetap di negara tersebut.

"Bagaimanapun, tengok pada keadaan juga kalau boleh mencari rezeki menampung keluarga dekat sana, apa salahnya. Tapi bila banyak kali fikir, sayang pula nak tinggalkan Malaysia.

"Buat masa sekarang ini saya hanya ulang-alik sahaja untuk promosikan lagu tersebut," katanya

Dalam pada itu, Hunny akui bukan mudah mencari rezeki dalam industri muzik. Ramai yang beranggapan menjadi selebriti mampu untuk hidup mewah tanpa perlu bersusah-payah.

"Masyarakat luar selalu fikir bila jadi artis ini boleh hidup mewah dengan senang. Tak perlu nak fikir kesusahan hidup. Tapi sebenarnya kami sama juga seperti orang lain.

"Bangun awal pagi dan pulang lewat malam untuk mencari rezeki. Mungkin mereka tidak nampak macam mana artis juga susah mencari rezeki.

"Lagu terbaru saya ini pun mengisahkan bukan mudah untuk kita dapatkan duit. Perlu ada usaha dan jangan putus asa," ujarnya yang meinggalkan karier sebagai penyampai radio tiga tahun lalu.

Powered by Blogger.