F Bekas isteri kedua Adi Putra dihadapkan ke mahkamah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Bekas isteri kedua Adi Putra dihadapkan ke mahkamah

Bekas isteri kedua kepada pelakon Adi Putra dihadapkan ke Mahkamah Masjistret Seremban pagi tadi atas pertuduhan melanggar syarat sebagai orang pengawasan polis.

Norshahida Zolkifly, 34, yang juga merupakan bekas pegawai Jabatan Imigresen bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di hadapan Majistret Nurul Fitriza Ab Latif.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah didapati melanggar syarat sebagai orang pengawasan polis dengan meninggalkan kawasan pekan Nilai tanpa kebenaran.

Kesalahan itu dilakukan pada 6 Julai 2017, jam lebih kurang 3 petang di Silka Maytower Hotel dan Serviced Residences Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.

Berikutan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(4) Akta Pencegahan Jenayah 1959, sabit kesalahan penjara minimum dua tahun dan tidak lebih dari 10 tahun.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Soo Kok Weng, manakala tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan tertuduh mematuhi perintah pengawasan sedia ada.

Sebutan semula kes bagi serahan dokumen 14 Ogos ini.

Sementara itu Adi Putra turut kelihatan hadir ke mahkamah kira-kira jam 10 pagi sambil ditemani oleh seorang pelakon tambahan.
ot;1" />
Powered by Blogger.