Berita Terkini
recent

Batal pembayaran terakhir Raja Mohamad

SYARIKAT produksi Saphire Screen Sdn Bhd kekal dengan pendiriannya menolak tuntutan tunggakan pengurus produksi Raja Mohamad Mohd Ismail sebanyak RM27,431.81 untuk bayaran terakhir drama Biar Aku Menjadi Penunggu dan bil perbelanjaan di set penggambaran

Penerbitnya, Hasniza Nordin berkata, pihaknya hanya boleh membayar Raja Mohamad sebanyak RM9,680.94 selepas dia didakwa melanggar kontrak drama berkenaan selain timbul keraguan terhadap beberapa tuntutan perbelanjaannya.

"Kami terpaksa membatalkan bayaran terakhir Raja Mohamad sebanyak RM12,300 kerana dia melanggar perjanjian kontrak. Ini kerana kami mendapati dia menimbulkan beberapa masalah di set penggambaran antaranya membabitkan kehadiran.

€œJadi, bayaran sebanyak RM9,680.94 adalah wajar berdasarkan perkara terbabit," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Menurut Hasniza, pihaknya sudah menghantar cek bayaran menerusi peguam kepada Raja Mohamad pada 11 Jun lalu, namun ditolak lelaki itu.

"Sebenarnya kami enggan memanjangkan isu ini dan kalau boleh mahu duduk berbincang untuk menyelesaikannya. Lagi pun dia sudah lama bekerjasama dengan syarikat ini," katanya.

Menurut Hasniza, Raja Mohamad turut menolak wang ehsan Aidilfitri sebanyak RM4,000 daripada mereka untuk meringankan bebanannya.

"Kami percaya, ada pihak cuba menghasut Raja Mohamad supaya meneruskan tuntutan terbabit," katanya.

Awal bulan lalu, Harian Metro melaporkan Raja Mohamad yang disahkan menghidap kanser kulit tahap empat menuntut Saphire Screen menyelesaikan bayaran tunggakan bayaran sebanyak RM27,000 ketika berkhidmat sebagai pengurus produksi di syarikat berkenaan.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.