Berita Terkini
recent

Bapa Zombie Hollywood Meninggal Dunia Akibat Kanser Paru-paru

Tokoh perfileman Amerika Syarikat yang terkenal dengan filem klasik 'Night of the Living Dead', George A Romero, meninggal dunia pada usia 77 tahun.

Pengurusnya, Chris Roe, berkata bapa filem siri 'zombie' moden itu meninggal dunia dalam tidur, semalam.

Beliau berkata, mendiang yang bertarung dengan kanser paru-paru, meninggalkan meninggalkan balu dan seorang anak perempuan.

Filem klasik hitam putih, 'Night of the Living Dead' yang membabitkan belanja lebih AS$100,000 (RM429,000), memperoleh kutipan lebih AS$30 juta (RM128.78 juta) di seluruh dunia dan membawa kepada penghasilan lima siri, termasuk 'Dawn of the Dead' dan 'Day of the Dead.'

Filem itu disifatkan tindakan berani apabila menampilkan pelakon kulit hitam, Duane Jones, sebagai watak utama.

Ia mengisahkan sekumpulan manusia yang berusaha menyelamatkan diri daripada serangan 'mayat hidup.'

Filem itu berjaya memperoleh kutipan lebih AS$30 juta (RM128.78 juta) di seluruh dunia dan membawa kepada penghasilan lima siri, termasuk 'Dawn of the Dead' dan 'Day of the Dead.'

'Night of the Living Dead' didaftarkan sebagai Filem Kebangsaan di Library of Congress pada 1999 dan dikategorikan sebagai hasil kerja yang hebat dari segi nilai budaya dan sejarah. - AFP

Powered by Blogger.