Berita Terkini
recent

Bapa Tak Suka BF Baru Sebab Tak Cukup Gelap!

NAK tergelak pun ada! Zaman sekarang ada lagi ibu bapa yang mengambil kira rupa pasangan pilihan hati anak sendiri ya.

Bapa kepada penyanyi superstar antarabangsa Rihanna dilaporkan tidak merestui hubungannya dengan jutawan Arab Saudi, Hassan Jameel.

Bapanya, Ronald Fenty dikhabarkan tidak menyukai lelaki itu bukan kerana sikapnya, tetapi kerana kulitnya dikatakan tidak cukup gelap!

Menurut laporan Aceshowbiz, Rihanna bagaimanapun tidak mempedulikan perkara tersebut kerana berasakan seorang bapa tidak patut mencampuri urusan peribadi anaknya.

“Rihanna marah pada bapanya kerana mencampuri urusannya dan meminta bapanya supaya tidak berkata apa-apa.

“Malah hubungan Rihanna dan bapanya juga tidak berapa baik,” kata seorang sumber.

Hassan merupakan naib presiden kepada sebuah syarikat besar di dunia milik keluarganya, Abdul Latif Jameel.

Syarikat itu merupakan pengedar tunggal jenama kereta Toyota di negara Timur Tengah.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.