Berita Terkini
recent

Bapa Tak Sangka Rihanna Terpikat Pada 'Pak Arab'

Baru-baru ini kecoh mengenai penyanyi sensasi Rihanna, 29, dilaporkan ini menjalin hubungan cinta Hassan Jameel, seorang jutawan Arab. Khabarnya, pasangan ini sudah berpacaran selama enam bulan.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh ayah Rihanna, Ronald Fenty.

Bagaimanapun Ronald mengakui tidak menyangka puteri kesayangannya itu akan menjalin asmara dengan seorang jejaka berbangsa Arab.

"Seorang teman mengirimkan foto di Facebook menunjukkan mereka berdua bercium. Saya sebenarnya inginkan seorang lelaki yang lebih 'berwarna', berkulit lebih hitam. Tapi asalkan dia bahagia," ujar Ronald seperti yang dilaporkan The Sun.

Dalam pada itu, Ronald Fenty berharap agar dapat segera bertemu dengan kekasih baru Rihanna. Tambahan, Hassan Jameel dikatakan sangat sesuai malah usahawan merupakan calon menantu pilihannya.

"Rihanna memberitahu pada saya dia sudah punya kekasih sebulan lalu, tapi saya tidak tahu siapa dia. Saya berpesan kepadanya, 'jangan bercinta dengan artis, jangan bercinta dengan atlet.' Mereka adalah orang-orang yang sibuk. Tak ada waktu untuk bersantai.

"Apalagi biasanya mereka adalah lelaki-lelaki yang kacak, jadi akan banyak wanita yang menyukai mereka," tuturnya.

Pun begitu, laporan Aceshowbiz menyebut Rihanna dikatakan berasa bengang dan tidak suka bapanya itu mencampuri hal percintaannya. Pelantun hits 'Umbrella' itu merasakan Ronald tidak seharusnya membuat sebarang kenyataan kepada publik.

"Rihanna marah pada ayahnya kerana membuat kenyataan mengenai jalinan asmaranya dengan Hassan Jameel. Lebih-lebih lagi bapanya turut bercerita hal yang buruk-buruk. Rihanna mahu bapanya diam.

"Hubungan Rihanna dan bapanya memang kurang baik. Dia memberitahu pada bapanya agar tidak terlalu ikut campur dalam hubungan asmara dan menghancurkan semuanya. Rihanna kini sangat bahagia. Dia tidak mahu bapanya menimbulkan masalah," kata satu sumber.

Sementara itu, Hassan Jameel merupakan seorang ahli pernigaan dan Naib Pengerusi kepada sebuah perniagaan milik jutawan Abdul Latif Jameel (datuknya) iaitu antara salah sebuah pernigaan terbesar di dunia.

Syarikat gergasi itu memiliki hak pengedaran untuk kenderaan Toyota di Arab Saudi bahkan harta keseluruhan yang dimiliki oleh keluarga Hassan Jameel adalah dianggarkan mencecah 1.5bilion dolar Amerika Syarikat yang mana suatu hari nanti akan diwarisinya.

Sebelum ini, Rihanna digosipkan bercinta dengan rapper terkemuka Drake sekitar tahun lalu manakala Hassan pula dikatakan pernah menjadi orang yang istimewa dalam hidup supermodel Noami Campbell pada Julai 2016 ketika dilihat menghadiri British Summer Time Festival di London bersama.

Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.