Berita Terkini
recent

Bakal Timang Anak Sulung, Aaron Hantar Isteri Balik Shanghai

Bintang terkenal Hong Kong, Aaron Kwok dan isterinya model terkenal Shanghai, Moka Fang ketika ini sedang menghitungdetik bakal menyambut kelahiran anak sulung mereka.

Terbaru, media Hong Kong melaporkan, Moka, dilihat sedang membeli-belah di sebuah pusat membeli belah. Berdasarkan bentuk fizikal tubuhnya, timbul spekulasi kehamilan model berusia 29 tahun itu sudah masuk lima bulan dan bakal melahirkan bayinya sekitar September depan.

Sementara itu, Aaron yang meskipun sibuk dengan kerjayanya tetap memberi tumpuan kepada isteri dan anaknya yang bakal lahir.

Untuk memastikan penjagaan yang terbaik untuk Moka semasa kehamilannya dan bagi membolehkan dia meneruskan kerjaya, Aaron telah membeli sebuah rumah mewah di Shanghai dan menghantar isterinya tinggal di sana.

Kediaman tersebut juga berhampiran dengan kediaman ibu bapa mertuanya. Justeru, Aaron tidak risau untuk keluar bekerja kerana Moka boleh dijaga oleh ibu bapanya.

Aaron bagaimanapun berjanji kepada Moka untuk membawanya kembali ke Hong Kong setiap kali dia bercuti dari menjalani penggambaran.

Aaron mahu memastikan Moka dan anaknya menjalani kehidupan hidup yang selesa. Malah bintang filem Cold War 2 ini mendapatkan khidmat pakar Feng Shui untuk memberkati rumah dan memastikan selamat untuk isteri dan anak sentiasa terjamin.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.