Berita Terkini
recent

Azwan Kombos Makan Mi Segera di Pagi Raya?

Di musim perayaan ini pasti ramai selebriti yang tidak lokek untuk berkongsi cerita raya mereka.
Tidak ketinggalan berkongsi pengalaman paling sukar dilupakan, Azwan memberitahu Kakigosip dia pernah berada dalam situasi yang mencemaskan apabila tertinggal kapal terbang dan terpaksa mengubah rancangan untuk beraya.

Menurutnya, disebabkan keadaan itu dia terpaksa beraya keseorangan di Semenanjung.

“Disebabkan pernah tertinggal kapal terbang, saya tidak dapat pulang beraya di kampung. Terduduk terus saya di lapangan terbang apabila mendapat tahu seudah terlepas kapal terbang dan terpaksa membeli tiket baru,” katanya.

Tambahnya, lebih malang apabila tiket yang ingin digantikan itu telah habis dijual dan hanya boleh dibeli sewaktu hari raya kedua.

“Jadi terpaksalah saya beraya seorang diri di Kuala Lumpur dan jika pagi raya semua umat Islam menikmati pelbagai hidangan menarik, tetapi saya hanya makan mi segera sahaja,” kongsinya.
Kami boleh bayangkan bertapak panik dan sedihnya menghadapi situasi seperti itu.

Di sebabkan kejadian ini, kini dia lebih berhati-hati dan tidak sesekali memandang rendah tentang pekara sebegitu.

Nampaknya tahun ini pasti raya Azwan akan lebih meriah dengan kehadiran isteri yang sedang mengandung.

Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.