Berita Terkini
recent

Asyik Menyanyi, G-Dragon Jatuh Pentas

KESIAN dengan G-Dragon, sedang asyik menghiburkan peminat menerusi konsert Act III: Motte Tour yang diadakan di Bangkok baru-baru ini dia terjatuh daripada pentas.

Koreaboo melaporkan ketika kejadian G-Dragon berdiri membelakangi lubang yang berada di tengah-tengah pentas sebelum berundur dan terjatuh.

Sejurus terjatuh petugas di pentas terus berlari bagi membantu G-Dragon naik semula ke pentas sambil peminat menjerit terkejut dengan kejadian itu.

G-Dragon bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius dan meneruskan persembahannya seperti biasa.

Dalam perkembangan lain, peminat melahirkan kebimbangan terhadap ahli kumpulan Big Bang itu yang kelihatan sangat kurus daripada kebiasaan.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.