Berita Terkini
recent

Ashton Kutcher Nafi Curang

PELAKON Ashton Kutcher menafikan gosip yang mendakwa dia berlaku curang terhadap isterinya, Mila Kunis.

Menerusi Twitter Ashton, 29, dia kecewa dengan tajuk berita Us Magazine yang turut memuat naik fotonya dengan seorang wanita turun daripada kapal terbang peribadi.

"Awak patut tahu bahawa Mila sedih apabila dia dapat tahu tentang berita itu sedangkan saya hanya luangkan masa seharian dengan sepupu kami," tulis Ashton.

Pasangan ini baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-3 pada 4 Julai lalu.
Ashton dan Mila berkahwin pada 2015 dan pasangan ini mempunyai dua orang cahaya mata, Wyatt Isabelle Kutcher , 2, dan Dimitri Portwood Kutcher, 8 bulan.

Bercerita mengenai anak-anaknya, Ashton berkata dia tidak akan menentukan kehidupan mereka apabila sudah dewasa.

"Kami akan benarkan anak-anak membuat keputusan sendiri sama ada mahu menjalani kehidupan selebriti seperti kami atau tidak. Saya dan isteri tidak mahu membuat pilihan untuk mereka," katanya menerusi Daily Mirror.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.