Berita Terkini
recent

Ashton Kucther Akhirnya Buka Mulut Isu Skandal

Ashton Kutcher dan Mila Kunis dikenal sebagai salah satu pasangan selebriti Hollywood paling serasi.

Diam-diam berkahwin pada 2015, mereka hidup bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata, Baby Wyatt dan Dimitri.

Pasangan yang pertama kali dipertemukan dalam siri That '70s Show itu memutuskan untuk tidak terlalu mendedahkan perihal rumah tangga yang mereka jalani selama ini.

Namun baru-baru ini, timbul gosip bahwa Ashton dikatakan curang dengan Mila. Spekulasi tambah kukuh apabila majalah Star baru-baru ini menyiarkan foto seorang lelaki mirip Ashton bersama seorang wanita di bandar Los Angeles kononnya sebagai 'bukti'.

Menurut sumber majalah Star, Ashton dan wanita yang tdak dikenali identitinya itu menaiki sebuah jet pribadi. Tak jelas ke mana tujuan mereka, tapi seperkara yang jelas Ashton dan wanita berambut 'brunette' itu dilihat hanya pergi berdua saja.

Dituduh curang, Ashton akhirnya membuka mulut. Menerusi akaun Twitternya, pria 39 tahun itu memuat naik foto halaman majalah yang memuat berita tentangnya serta memberi kenyataan berbaur sindiran.

"Kamu seharusnya dengar bagaimana Mila marah saat saya menghabiskan waktu dengan sepupu kita. Maaf makcik Jodie, majalah ini kurang integriti," sindir bintang filem No Strings Attached itu.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.