Berita Terkini
recent

Anwar gesa Najib 'buka mulut'

Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak segera 'membuka mulut' berhubung isu penyambungan perkhidmatan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Makinudin.

Katanya, isu penyambungan perkhidmatan mereka untuk tempoh tiga tahun bagi Md Arus dan dua tahun buat Zulkefli telah disambut cukup negatif oleh umum kerana melibatkan persoalan pelanggaran perlembagaan.

"Malah beberapa mantan hakim Mahkamah Persekutuan dan Majlis Peguam telah menyatakan penafsiran mereka bahawa penyambungan tersebut adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Oleh itu, kata Anwar, Najib  perlu pada kadar segera mengesahkan sama ada perkara ini  (ada tangan ghaib) adalah benar atau tidak.

"Sekiranya benar, maka perkara tersebut perlu dimaklum kepada umum secara telus.

"Perkara ini amat kritikal kerana melibatkan hak rakyat untuk menikmati institusi kehakiman yang bebas," katanya.

Pada, Jumaat lalu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan Raus akan menyandang jawatan ketua hakim negara bagi tempoh tiga tahun bermula 4 Ogos ini selepas dilantik sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan mulai tarikh dan bagi tempoh yang sama.

Sementara itu, Zulkefli yang dilantik sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan untuk tempoh 2 tahun mulai 28 September ini pula memegang jawatan presiden Mahkamah Rayuan bermula tarikh dan bagi tempoh yang sama.

Menurut kenyataan itu, pelantikan ketua hakim negara dan presiden Mahkamah Rayuan yang juga hakim tambahan, dibuat mengikut Fasal 1A Perkara 122 Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan Fasal 1 Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-raja yang bersidang pada 24 dan 25 Mei lalu memperkenankan kedua-dua pelantikan itu.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.