Berita Terkini
recent

Anis Al-Idrus Berdebar Tunggu Jumaat Ini

Beberapa hari lagi bakal bergelar isteri, pelakon Anis Al-Idrus, 29, memberitahu dia sebenarnya masih bertungkus lumus menyiapkan segala persiapan untuk majlis bahagia itu.

Anis berkata, memandangkan majlis akad nikah yang akan berlangsung Jumaat ini tidak menggunakan khidmat perunding perkahwinan jadi dia terpaksa melakukan semuanya sendiri.

"Saya lebih senang buat semua perkara sendiri, tidak mahu harap orang lain. Sebab itu kurang beberapa hari lagi majlis akan berlangsung saya masih juga sibuk.

"Bagaimanapun perkara penting lain sudah selesai, cuma tinggal pakaian yang akan saya pakai pada majlis itu sahaja," katanya seperti yang dilaporkan Utusan online.

Dalam pada itu Anis mengakui berdebar memandangkan dia akan melangkah ke fasa baharu hidupnya.

Debaran itu memang ada, tambahan pula lagi beberapa hari sahaja.

"Cuma bila sibuk, kadang terlupa soal ini," tambahnya.

Anis sebelum ini mengumumkan bakal berkahwin dengan Aiman Rafzan, 35, pada 7 Julai ini.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.