Berita Terkini
recent

Anak Sulung Ronaldo Peluk Adik Kembar

Cristiano Ronaldo sebelum ini mengesahkan bahawa beliau kini adalah bapa kepada pasangan kembar Mateo dan Eva selepas Portugal tersingkir dari aksi Piala Konfederasi di Rusia Terbaharu.
Ronaldo menarik perhatian lebih dari 5 juta peminat dengan perkongsiannya di Instagram miliknya.

Gambar yang di muatnaik menunjukkan beliau bersama anak lelakinya, Cristiano Ronaldo Jr. memperkenalkan pasangan kembar itu dengan masing-masing dipeluk dua beranak itu.

Gambar tersebut dimuat naik menerusi Instagram pemain berusia 32 tahun itu pada Selasa semasa percutian keluarga pertama disertai kesemua anak-anaknya.


Ruangan komen di instagram Ronaldo dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian kira-kira 105 juta pengikut Ronaldo di laman sosial yang memperlihatkan beliau bersama anak lelakinya memeluk kembar yang bernama Mateo dan Eva.

Menerusi gambar tersebut jelas terpancar kegembiraan dan kebanggaan Ronaldo bergelar bapa kepada Ronaldo Jr dan pasangan kembar itu.

Cristiano Ronaldo memperoleh 310,000 Dolar setiap posting di Instagram, menjadikannya ketiga di senarai dunia di belakang Selena Gomezdan Kim Kardashian.

Powered by Blogger.