F Anak Kim Kardashian Dikritik Pakai Korset | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Anak Kim Kardashian Dikritik Pakai Korset

ANAK Kim Kardashian iaitu North West menerima kecaman daripada netizen yang menganggap penampilan kanak-kanak itu tidak sesuai dengan usia.

North yang kini berusia empat tahun itu bergaya dengan gaun berwarna oren dikritik apabila dilihat turut mengenakan korset di bahagian luar baju tersebut.

Netizen meninggalkan komen negatif yang menganggap Kim cuba mengayakan anak kecil itu seperti seorang wanita dewasa.

Bagaimanapun, Kim tidak berdiam dan segera membalas kritikan tersebut di status twitternya dengan memuat naik gambar sebenar baju yang dipakai North West.

Menurut Kim, korset yang dimaksudkan netizen itu bukanlah korset yang sering dipakai bagi menampilkan bentuk badan menarik.

Sebaliknya, ia hanya hiasan fesyen untuk baju kanak-kanak itu.

"Baju ini dibeli dengan fesyen sebegini. Itu bukan korset tapi hanya kain sebagai hiasan sahaja," ujarnya.
ot;1" />

Powered by Blogger.