F Amira Othman impi berduet bersama adik | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Amira Othman impi berduet bersama adik

BINTANG yang sedang meningkat naik, Amira Othman memberitahu, dia sebenarnya meletakkan karier nyanyian sebagai keutamaan dan karier lakonan di tangga kedua.

Biarpun dilihat lebih menonjol di dalam bidang lakonan, bakat yang dicungkil menerusi program Akademi Fantasia ini berharap dia lebih dikenali sebagai penyanyi.

"Saya bermula dalam bidang nyanyian, jadi tentulah saya mahu dikenali sebagai penyanyi.




"Tapi dalam masa yang sama saya menganggap karier lakonan ini sebagai satu platform, rezeki dan saya tak menolak.

"Bagaimanapun saya dahulukan jadual nyanyian; andai tawaran lakonan itu tidak bertembung dengan jadual persembahan saya tak kisah untuk menerima," katanya kepada Media Hiburan.

Ujar gadis berusia 24 tahun yang mencipta nama menerusi drama Abang Bomba I Love You ini, dia juga bersedia membawakan apa sahaja watak, asalkan ia bersesuaian dengan imejnya yang bertudung.

"Saya anggap apa sahaja tawaran yang datang adalah sebagai satu cabaran untuk saya jayakan. Apa yang penting, ia mestilah bersesuaian dengan imej saya," jelasnya.

Ditanya mengenai perkembangan karier nyanyiannya, anak kelahiran Skudai, Johor ini berkata, dia kini masih sibuk mencari material untuk mengeluarkan single terbarunya.

Amira yang sebelum ini pernah tampil menerusi single Hati-Hati mengakui agak cerewet dalam pemilihan lagu.

"Saya mahu tampil dengan sesuatu yang berkualiti buat peminat sebab itulah saya ambil masa untuk mengeluarkan single baru.

"Bagaimanapun saya berharap dapat melancarkan single kedua dalam masa terdekat ini," jelasnya.

Tambah Amira, ada peminat dan beberapa pihak lain yang mahukan dia tampil dengan single bersama adiknya, Irfan Haris, namun dia terpaksa menangguhkan permintaan mereka untuk sementara waktu.

"Irfan kini masih bersekolah dan dia tinggal di Johor bersama keluarga, manakala saya pula berada di Kuala Lumpur.

"Jadi agak sukar sekiranya melibatkan show dan promosi bersama. Walaupun ada perancangan dan impian untuk berduet, namun saya rasa elok ditangguhkan dahulu sehingga Irfan habis sekolah.

"Insya_ALLAH, sekiranya ada rezeki, kami akan tampil dengan single bersama," akhirinya.
ot;1" />
Powered by Blogger.