Berita Terkini
recent

Aliff Syukri Ambil Anak Angkat

Semalam menerusi akaun Instagram pengasas kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri, dia telah berkongsi sebuah video yang merakamkan bahawa dia telah mengambil seorang anak angkat lelaki.
Menerusi kapsyen pada video tersebut, Aliff mengatakan bahawa percaturan ALLAH SWT itu lebih tahu apa yang terbaik bagi kanak-kanak ini.

“percaturan Allah lebih tahu nasib terbaik utk anak ini..

“kenangan terindah antara sy dan anak angkat saya .. new family buat dia.. alhamulillah wife saya dan anak2 saya semua menerima anak angkat ini dgn gembira malah @shahidadherbs yg lebih semngat nak hantar sekolah bagai sebb budak ni tak sekolah lagi.. siap nak hntar private school ..�,” tulis kapsyennya.

Di dalam video tersebut kelihatan anak itu sangat selesa berada di samping keluarga barunya itu.
Turut kelihatan juga raut wajah Aliff dan isteri yang begitu gembira dengan kehadiran orang baru di dalam keluarganya.

Rata-rata pengikut Aliff di akaun Instagramnya memenuhkan ruang komen itu dengan komen-komen yang positif.

nuhanabilahriff: usah risau akan pandangan manusia sekelilingmu,risaulah akan pandangan Allah kerana Allah yg menilai setiap perbuatanmu. Goodjob dato semoga Allah merahmati kamu sekeluarga…

mazemia: Semoga bertambah murah rezeki @aliffsyukriterlajaklaris @shahidadherbs
dasimashahinan: Alhamdulillah. Semoga lebih ramai lagi org yg mengikut jejak langkah dato. Nk nangis rasa tgk budak tu dpt family baru

muaz_mma: Tahniah dato dan datin..semoga Allah berkati dan murahkan lagi rezeki dato sekeluarga
Tentunya dengan kehadiran ahli keluarga baru ini akan menambahkan kebahagiaan buat keluarga Aliff Syukri. Bertuah anak kecil itu kerana dapat membesar dalam keluarga yang dapat menjaga dirinya sebaik mungkin seperti anak sendiri.
Powered by Blogger.