Berita Terkini
recent

Album Baru Kesha Terinspirasi Daripada UFO

Agak lama menyepi, kini penyanyi Kesha muncul dengan single baharu berjudul Praying. Lagu tersebut bakal dimuatkan dalam album terbaharunya.

Pelantun yang pernah popular dengan lagu Tik Tok ini sekarang dalam proses menggarap album yang bertajuk judul Rainbow'Menariknya, album itu terinspirasi dari UFO.

Dalam satu temubual dengan Zach Sang Show, Kesha mengaku pernah melihat UFO ketika berada di taman Joshua Tree, California. Pengalaman tersebut mencetuskan inspirasi kepadanya untuk dalam menggarap albumnya.

"Saya berada di Joshua Tree dalam keadaan sedar. Mungkin orang akan berfikir saya mabuk atau apa. Tidak. Saya sungguh berada dalam keadaan penuh sedar," tuturnya.

Ia pun menceritakan pengalamannya melihat begitu banyak kapal luar angkasa. "Saya sungguh-sungguh, ada sekitar lima hingga tujuh dan saya tidak tahu mengapa saya tidak mengabadikannya dalam sebuah foto," ungkapnya lagi.

Album Rainbow dijadualkan akan dilancar pada 11 Ogos depan. Dalam album ketiganya itu ada satu lagu bertajuk Spaceship.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.