F Aidil kini lebih positif | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Aidil kini lebih positif

Setiap manusia pernah melakukan kesilapan. Bagi pelakon Aidil Aziz, dia enggan menoleh ke belakang sebaliknya berazam meneruskan usaha dalam bidang lakonan.

Selepas lebih lima bulan berehat, Aidil kini mengorak langkah dengan kembali aktif berlakon.

“Selepas kes itu, ini kemunculan semula saya dan kini menjalani penggambaran drama bersiri Villa Ghazara.

“Kali terakhir saya menjalani penggambaran adalah telefilem Syif untuk tayangan RTM pada September tahun lalu,” katanya.

Dia yang kini berusia 30 tahun lebih berhati-hati memilih rakan bagi memastikan tidak lagi terjebak dalam masalah.

“Banyak yang saya belajar terutama soal kawan. Jumlah kawan saya juga semakin mengecil dan saya tidak kisah.

“Saya juga lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga kerana mereka yang sentiasa ada bersama saya di kala susah dan senang,” katanya.

Aidil turut mengaku dia memlih untuk berada dalam persekitaran lebih positif.

“Bila dikelilingi orang yang positif, saya juga akan jadi lebih positif.

“Setiap manusia ada kekurangan dan kelemahan. Jadi, apabila kita positif, kita dapat perbaiki mana yang kurang,” katanya.

Bercerita mengenai pengalamannya selepas insiden itu, Aidil berkata, dia menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat.

“Tentunya ada yang menjatuhkan hukum walaupun tidak tahu hujung pangkal cerita sebenar.

“Pun begitu, saya bersyukur kerana banyak rezeki yang terbuka untuk saya selepas insiden itu. Stesen TV, pengarah, penerbit bahkan rakan artis ramai memberi sokongan,” katanya.

Selain kembali menjalani penggambaran di set drama, Aidil sibuk menguruskan perniagaan buah-buahan segar.
ot;1" />
Powered by Blogger.