Berita Terkini
recent

Afdlin tubuh YAS demi kemanusiaan

PELAKON, pelawak dan pengarah popular, Afdlin Shauki menubuhkan Yayasan Afdlin Shauki (YAS) bagi menjayakan misi kemanusiaan di dalam dan luar negara.

Afdlin berkata, YAS ditubuhkan selepas melalui pengalaman bekerjasama dengan pelbagai yayasan lain dalam membantu gelandangan, anak yatim, pesakit kronik dan Orang Kelainan Upaya (OKU) sebelum ini.

"Saya terpanggil untuk menubuhkan YAS kerana percaya hidup ini bukan untuk diri kita sendiri. Jika kita saling membantu nescaya hidup kita akan lebih kuat dan menjadi insan yang hebat di mata dunia. Insya-Allah, ini juga salah-satu saham akhirat saya di dunia," katanya.

Menurut Afdlin, dia menubuhkan YAS bersama tiga pemegang amanah iaitu Azrin Ahmad Kadri, Noradymam Md Sulaiman dan Aizam Syamsul Aksan.

"Sepanjang tempoh penubuhan kami sudah menjayakan lapan aktiviti sosial termasuk di Palestin, Jordan, Lubnan, Kuala Lumpur dan Kelantan.

"Bagi mereka yang ingin menyumbang bantuan kewangan boleh disalurkan kepada akaun Maybank YAS bernombor 564810516713. Kami juga turut membuka peluang kepada masyarakat untuk menjadi sukarelawan," katanya.
ot;1" />
Powered by Blogger.