Berita Terkini
recent

Adira Luah Perasaan Di Instagram

Sebagai isteri kedua, pastinya banyak pengorbanan yang harus dilalui dan ditelan.  Itulah yang mungkin dihadapi oleh penyanyi Adira ini.

Tahun ini merupakan tahun pertama dia beraya bersama anaknya Anggrek di Sabah.
Paling best sudah pastilah apabila suaminya Datuk Red juga turut beraya di kampungnya.

Selepas beberapa hari kemudian, barulah Datuk Red dilihat beraya bersama isteri pertamanya pula, Datin Red.
Datin Red memuat naik gambar bersama apabila suaminya itu dengan caption “laki ku dah pulang ke pangkal jalan” berserta hashtag #teamlakikenapinjam #takpandaimenipu


Selang beberapa hari selepas itu Adira pula ada memuat naik gambar bersama anaknya. Luahan hatinya yang kelihatan seperti sedang bersedih, namun reda dengan apa yang berlaku.

Tidak pasti kenapa Adira bersedih?  Walau apa pun yang berlaku semoga Adira kuat menjalani hidup ini bersama anak tersayang.
Powered by Blogger.