Berita Terkini
recent

Adik Ustaz Kazim tarik diri bertanding PRU14

Ketidaksepakatan dengan kepimpinan Umno Bahagian Larut antara punca utama Adun Kubu Gajah, Ahmad Hasbullah Alias, 51, mengumumkan penarikan diri daripada bertanding pada PRU14 ini.

Adik kepada pendakwah terkemuka, Datuk Mohd Kazim Elias itu berkata, keputusan itu dibuat setelah pihaknya melihat berlakunya kelompongan dalam kepimpinan Umno yang menyebabkan masalah rakyat tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

Menurutnya, ketidaksepakatan itu juga menyebabkan rakyat dan pengundi Dun Kubu Gajah menjadi mangsa apabila banyak agenda pembangunan dan menaik taraf kehidupan mereka tidak dapat dilaksanakan.

"Saya simpati dengan rakyat terhadap permasalahan yang mereka alami dan melihat kepentingan kepimpinan Umno sama ada di peringkat bahagian, negeri dan pusat senada dan seiringan untuk menguruskan masalah rakyat terutama dalam aspek pembangunan.

"Saya rasa sudah sampai masanya saya berundur untuk memberi peluang kepada golongan muda dan keputusan ini dibuat setelah saya berfikir dengan semasak-masaknya," katanya pada sidang media di Dewan Haji Elias, Batu Kurau, di sini hari ini.

Ahmad Hasbullah berkata, keputusan dibuat baginya adalah bertepatan pada masanya kerana tugas wakil rakyat memerlukan komitmen dan kerjasama utuh dari semua pihak.

Menurutnya, intipati kejayaan wakil rakyat dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat adalah dengan gabungan kerjasama dan kesepakatan antara dirinya dengan kepimpinan parti di peringkat bahagian.

"Sehingga kini, saya mengakui berasa agak diketepikan oleh kepimpinan Umno bahagian dan wakil rakyat lain ketika membincangkan aspek pembangunan rakyat Dun Kubu Gajah.

"Melihat keadaan itu, saya memikirkan keputusan mengundur diri adalah langkah terbaik demi memastikan calon wakil rakyat baharu dalam meneruskan agenda pembangunan rakyat Dun Kubu Gajah sebelum ini," katanya.
ot;1" />
Powered by Blogger.