Berita Terkini
recent

Adam Hamid Terkena Jangkitan Kuman di Paru-paru

Pengarah drama, Adam Hamid, 44, disahkan menghidap penyakit jangkitan kuman dalam paru-paru dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menerusi laporan Kosmo! adik Adam, Abdul Haniff Karamdin berkata, keadaan kesihatan Adam yang sebelum ini berada pada tahap yang membimbangkan kini menunjukkan perkembangan positif sejak dimasukkan ke PPUM Sabtu lalu.

“Pada mulanya, dia disyaki menghidap tibi (batuk kering).

“Namun apabila dibawa melakukan pemeriksaan dan bertemu doktor yang berlainan, Adam disahkan menghidap penyakit jangkitan kuman dalam paru-paru," katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.