Berita Terkini
recent

6 Tahun Abam Ulang Pakai Baju Raya Yang Sama

Meskipun bergelar artis namun tidak banyak mengubah kehidupan seharian pelawak Abam. Begitu juga dengan rutin yang sering dilaluinya ketika menyambut Aidilfitri saban tahun.

Sentiasa bersyukur kerana rezekinya semakin murah, anak kelahiran Gombak ini tetap tidak pernah melupakan kesusahan yang pernah dilalui sebelum ini dan sentiasa mengingatkan dirinya untuk bersederhana ketika menyambut raya.

"Mungkin ramai yang tidak tahu, kehidupan saya sebelum bergelar artis memang agak susah sehinggakan kami pernah tidak dapat membuat persiapan raya kerana kekangan kewangan.

"Setiap kali teringatkan waktu itu saya akan pasti akan merasa sebak, tetapi itulah kenyataannya di mana saya pernah memakai baju raya yang sama selama enam tahun kerana hanya itu sahaja baju raya saya yang ada.

"Oleh sebab itulah bila saya menang program Maharaja Lawak Mega buat pertama kali pada tahun 2013, saya peruntukkan sejumlah wang untuk membuat persiapan yang agak beria sedikit kepada keluarga termasuk duit raya untuk makcik dan pakcik yang sebelum itu tidak pernah merasa duit raya dari saya," kongsi Abam seperti yang dilaporkan Media Hiburan.

Walaupun sudah dikenali ramai, dia tidak pernah meninggalkan perniagaan lemang yang diusahakan oleh nenek dan bapa saudaranya sejak sekian lama.

"Memang dari kecil lagi saya dah biasa tolong nenek dan pakcik berniaga lemang di mana saya terlibat daripada proses awal mencari buluh, menyediakan bahan-bahan, membakar sehinggalah menyerahkan kepada pelanggan dan semua itu masih saya lakukan sehingga ke hari ini.

"Tiada sebab saya nak rasa malu kepada peminat atau siapa sahaja kerana memang itulah punca rezeki musim raya kami selama ini," katanya.

Menurut Abam lagi, menjadi kelaziman buatnya juga selepas bergelar artis untuk mengadakan rumah terbuka setiap kali hari raya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.