F 102 iPhone dilekat pada badan wanita | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

102 iPhone dilekat pada badan wanita


Seorang wanita warga Hong Kong ditahan ketika cuba menyeberangi sempadan ke China dengan 102 buah iPhone dilekat pada badannya.

Taktiknya itu dikesan pegawai kastam Shenzhen selepas menyedari sesuatu yang mencurigakan ketika melihat pakaian wanita itu.

Pegawai kemudian mengarahkan wanita itu melalui mesin pengimbas dan sebaik diperiksa sistem penggera berbunyi.

Bukan sahaja 100 lebih telefon bimbit jenama iPhone ditemui dilekat pada badan wanita itu, sebaliknya 15 buah jam tangan jenama Tissot juga turut dilekat pada dadanya.


Kesemua barang yang cuba diseludupnya itu mempunyai berat kira-kira 20kg, lapor Oriental Daily.

Harga iPhone di Hong Kong lebih murah dan sentiasa menjadi barangan popular untuk diseludup ke tanah besar China.

Ada penyeludup menyembunyikan barangan berkenaan pada basikal, pakaian, bot dan ditempat yang tidak dapat dilihat pegawai kastam.
ot;1" />
Powered by Blogger.