Berita Terkini
recent

Zila Bakarin Sekeluarga Berbaju Melayu!

BAJU kurung atau kebaya mungkin menjadi pilihan biasa golongan wanita apabila tibanya hari raya tetapi tidak bagi dramatis Zila Bakarin.

Tahun ini, Zila tampil berani apabila memilih untuk menggayakan baju Melayu teluk belanga siap dengan sampin berona kuning sebagai busana menyambut satu Syawal.

Malah Zila turut menggayakan dua anak perempuannya, Kaseh, 8 tahun dan Chinta yang kini berusia 5 tahun dengan gaya serupa dan memilih baju Melayu warna merah jambu dan hijau pucuk pisang untuk anak-anaknya.

Nasib baik Zila tak pakaikan suaminya, Azri Azhar dengan baju kurung atau kebaya moden!

Walaupun ia jarang dibuat orang namun Zila dan anak-anaknya kelihatan bergaya dan stail mengenakan baju Melayu itu.

Pengikutnya di Instagram juga turut memuji keberanian pelakon itu tampil dengan kelainan selain ada peminat wanita yang ingin mencuba idea itu pada hari raya tahun hadapan.

Ada juga yang mengusik agar Zila sekeluarga memakai baju kurung pada tahun hadapan sebagai menampilkan kelainan.

Haih! Macam mana la rupa agaknya suami Zila pakai baju kurung ya?

@syam0nzKo Wat hal kak baju Melayu, tetapi ia sangat comel! Ok tahun hadapan saya nak baju Melayu juga.


@syuhaida.abraz Kakak! Cantiknyaaaa pakai baju Melayu!

@ara_3112Kak Zila kami pun rasa nak pakai macam ini tahun depan. Macam lawa pulak tengok akak tadi.

@izaahmad Ia sangat rare tetapi cantik..Nak pakai juga tahun hadapan, Insya-Allah.

@putera_awie Haha..tahun depan semua pakai baju kurung pula!

Nampaknya keberanian Zila memakai baju Melayu boleh jadi ikutan. Sama-sama kita tunggu raya tahun hadapan!
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.