Berita Terkini
recent

Ziana Zain rai ibu tunggal

BIARPUN sibuk dengan aktiviti seni yang memenuhi rutin hariannya, penyanyi dan pelakon popular, Ziana Zain sudi meluangkan masa untuk bersama meraikan ibu tunggal sempena pelancaran Kempen Raya di The Curve.

Seramai 11 ibu tunggal diundang sebagai tetamu istimewa dan mereka berpeluang berbuka puasa dengan penyanyi ini.

“Saya di sini sebab memberi sokongan supaya mereka tabah dan tidak putus usaha meneruskan kehidupan dan membesarkan anak-anak dengan sebaiknya.

“Apa yang penting lebih banyak pihak tampil membantu golongan ini dengan memberikan pelbagai peluang untuk mereka memajukan diri,” ujar Ziana.

Dalam acara sama, ibu tunggal ini turut membawa pulang cenderahati istimewa daripada Ziana iaitu selendang Ziana Zain’s World serta duit raya.

Sempena Ramadhan ini juga, pusat membeli belah The Curve telah berganding tenaga dengan organisasi sosial, Simply Cookies dalam usaha mereka memperkasakan golongan ibu tungga. Pada masa sama menyambut kemeriahan musim perayaan ini bersama anak-anak mereka.

Sempena kempen yang berlangsung dari 26 Mei sehingga 27 Jun 2017 ini juga, The Curve akan menyediakan pelbagai persembahan dan aktiviti menarik.

Antaranya ialah persembahan muzikal secara langsung, persembahan gambus raya dan bengkel seni khat yang diadakan pada setiap hujung minggu dan hari cuti umum. Pengunjung juga berpeluang menyaksikan persembahan Jazzy Raya pada sebelah malam setiap  Jumaat.
Powered by Blogger.