Berita Terkini
recent

Zahir cinta sebenar

Apabila sutradara Dinesh Vijan mempertemukan Kriti Sanon dan Sushant Singh Rajput sebagai pasangan kekasih dalam filem romantik thriller, Raabta, ia percaturan yang tepat kerana sebelum penggambaran kedua-dua bintang muda itu sudah menjalin hubungan cinta.

Malah Kriti dikatakan menjadi punca perpisahan Sushant dengan bekas kekasihnya, aktres Ankita Lokhande. Pihak media India melaporkan Ankita merana selepas ditinggalkan Sushant.

Namun apabila Sushant hangat menyulam kasih dengan Kriti, tiada apa lagi yang dapat memulihkan hubungan hero itu dengan bekas kekasihnya.

Walaupun pada awalnya, Kriti dan Sushant cuba menafikan keintiman mereka, kini kedua-duanya tidak mampu lagi menyembunyikan hubungan mesra yang semakin mekar terjalin itu.

Pasangan itu seperti belangkas. Jika Sushant tiada penggambaran, dia pasti berada di sisi Kriti dan menemani aktres tinggi lampai itu ke set penggambaran.

Oleh itu, menerusi filem Raabta penonton akan dapat merasakan kehangatan cinta Kriti dan Sushant.

“Apabila cinta sebenar dizahirkan dalam filem pasti ia mencipta keserasian yang tiada tolok bandingnya,” kata satu sumber.

Kriti mula mempamerkan bakat lakonannya dalam filem Heropanti (2014) dan seterusnya Dilwale (2015) apabila angan-angannya untuk beraksi di samping Shah Rukh Khan menjadi nyata.

Sushant pula mula mencipta nama menerusi filem Kai Po Che (2013) dan seterusnya Shuddh Desi Romance, PK, Detective Byomkesh Bakshy! dan M.S. Dhoni: The Untold Story.

Berbalik kepada Raabta, filem itu akan dilancarkan di India pada Jumaat ini. Ia mengisahkan perjalanan cinta hero dan heroin yang penuh tragis.

Bagaimanapun tiada sinopsis lengkap mengenai filem itu.

Raabta dikatakan diadaptasi daripada filem Telugu berjudul Magadheera yang diterbitkan pada 2009.

Jika dilihat pada sinopsis asal jalan cerita itu dalam Magadheera, ia mengisahkan Harsha dituduh membunuh bapa Indu dan diculik. Bagaimanapun, Harsha serta Indu ada kaitan daripada kehidupan sebelumnya dan saat menyedari perkara itu, Harsha mampu membetulkan semula keadaan.

Turut beraksi dalam filem itu, Varun Sharma dan Rahul Kohli. Memberi lebih warna-warni kepada filem itu, Dinesh turut menampilkan Rajkumar Rao dan Deepika Padukone sebagai pelakon undangan.

Selain penggambaran di India, Raabta turut merakamkan keindahan di Budapest, Hungary. Salah satu lagu dalam filem itu berjudul sama dengan filem itu, Raabta di rakamkan di Tata Castle, Tata, Hungary.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.