Berita Terkini
recent

Wow Johan As'ari! Banyak Betul Dibuat Atas Katil

LAMA tak dengar cerita pelakon Johan As'ari ni kan? Khabarnya selepas sambutan Aidilfitri dia akan memasuki set penggambaran filem berkonsep legenda, Lekir. Siap buat badan lagi! Kelasss kau Johan.

Memegang watak sebagai Hang Kasturi, kata Johan penggambaran filem tersebut bakal memakan masa selama 55 hari dan tayangannya dijangka pada tahun hadapan.

Berbual santai dengan pelakon yang mula dikenali dengan watak Botak menerusi drama Juvana ini, Johan terbuka berkongsi beberapa rutin dan tabiat yang sering dilakukannya setiap kali bangun tidur.


Baca tujuh perkara dilakukan Johan:

1. Perkara pertama yang saya akan buat bila bangun tidur mestilah capai telefon dulu, tengok jam dan siap untuk bersolat.

2. Kalau tiada apa-apa urusan, selepas solat saya kembali ke katil dan periksa mesej-mesej penting di aplikasi WhatsApp termasuklah soal kerja dan hal-hal peribadi.

3. Kemudian baru saya akan scroll  Instagram dan Facebook. Ini adalah waktunya untuk saya pantau mesej-mesej peminat dan perkembangan rakan-rakan di dalam industri.

4. Di katil jugalah saya akan ambil masa untuk termenung dan bermuhasabah diri. Lazimnya ia dilakukan sebelum tidur tetapi selalunya di bilik, saya memang kuat termenung.

5. Kemudian saya akan ke dapur, buka tudung saji cari apa yang boleh dimakan. Ini dah jadi macam satu tabiat apalagi kalau di kampung bersama keluarga.

6. Selesai sarapan, barulah saya capai tuala untuk mandi. Lazimnya saya akan menilik muka dicermin terlebih dahulu untuk beberapa ketika sebelum mandi.

7. Kalau nak tahu, saya pantang ambil masa terlalu lama di bilik air kerana merasakan bilik air bukanlah tempat yang sesuai untuk termenung. Cukup 10 minit!

Itulah ceritanya... Alhamdulillah, tak semua orang sanggup bangun solat Subuh. Semoga rahmat Allah sentiasa menanti buat Johan.


Powered by Blogger.