F Watak Wanita Hitam Timbul Kemarahan, Watson Hentikan Iklan Raya | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Watak Wanita Hitam Timbul Kemarahan, Watson Hentikan Iklan Raya


Tidak sampai 12 jam dilancarkan iklan sempena kempen Hari Raya Aidilfitri rangkaian farmasi Watson telah ditarik balik selepas menerima reaksi negatif netizen.

Iklan berjudul Lagenda Cun Raya berdurasi 15 minit dilakonan barisan artis popular seperti Kamal Adli, Ruhainies, Uqasha Senrose, Raja Ilya, Sasha Saidin, Thanuja, Bell Ngasri dan Ember Chia itu dituduh mempunyai unsur perkauman dan dikriminasi terhadap warna kulit.

Video yang disiarkan awal pagi semalam menerima lebih 300,000 tontonan sebelum ia dipadam dari laman Facebook rasmi jenama itu.

Rata-rata netizen berang dan mempersoalkan tujuan Watson mengangkat isu perkauman serta merendahkan individu berkulit gelap. Malah, ia juga mengambarkan wanita sebagai objek yang perlu diadili oleh kaum lelaki.

Bagaimanapun, Watson dalam satu kenyataan di laman sosialnya pada petang Rabu memohon maaf kepada netizen yang terkesan dengan video berkenaan.

Tambahnya, cerita yang cuba disampikan menerusi iklan tersebut tidak mempunyai sebarang niat buruk, sebaliknya diinspirasi daripada cerita lagenda Dayang Senandung yang turut pernah difilemkan.

Video tersebut secara ringkasnya menceritakan tentang seorang Raja lakonan Kamal Adli sebagai watak utama, mencari gadis bersuara merdu dalam mimpinya.

Dalam acara itu beberapa gadis hadir mencuba nasib dan akhir ya Raja itu terpikat dengan suara seorang gadis berkulit gelap dan digambarkan sebagai hodoh.

Namun, Raja itu tetap juga mengahwini gadis itu atas dasar mengotakan janji. Pada akhir video berkenaan, gadis itu sebenarnya sengaja menghitamkan wajahnya sebagai menguji keikhlasan Raja itu. Gadis itu kemudian tampil putih semula selepas menggunakan produk Watson.

Bagaimanapun, tinjauan  mendapati beberapa artis yang berlakon dalam iklan tersebut masih mempromosikan video itu di laman sosial mereka.


ot;1" />
Powered by Blogger.